Sesi bergambar Seminar Waqf siri-2 di USAS
Seminar Waqf Ekonomi di Perak Darul Rizduan
SEMINAR WAQF: PENGENALAN WAQF EKONOMI Siri-2
Siri jelajah seminar memperkenalkan Waqf Ekonomi pada bulan September 2020 telah diadakah di negeri Perak Darul Ridzuan bertempat di Auditorium Pejabat Pasca Siswazah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), anjuran Waqafa International (Waqf Advisory Consultancy) bersama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) & Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz al Quran ADDIN Perak.
Seminar kali ini menerima penyertaan seramai 30 orang dari pelbagai pihak dan latar belakang profesion seperti pensyarah, pengurus pusat pendidikan, pengurus syarikat, pelajar dan lain-lain.
Tarikh: 20/09/2020, Hari: Ahad, Masa: 8.00 pagi-2.00 petang.
Pembentang:
1. Dato’ Abu Ubaidah Kemin, Presiden BankWaqf International Group
2. Prof. Dato’ Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Vice President Waqafa International & Board Member Of USAS
3. Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, Vice President Waqafa International.
Fokus Pembentangan: 1. Pengenalan Waqf dan Sistem Kewangan Sosial Islam 2. Pengenalan Waqf Ekonomi dan Waqf Produktif 3. Kepentingan Waqf untuk mencapai Ekonomi Islam Hakiki 4. Contoh Bisnes Model Bersepadu Waqf – Waqf Gold