FASA 1
DUIT DINAR BUKAN DUIT ISLAM?
Semasa balik daripada Terengganu kelmarin, isteri saya tanya saya tentang duit Fiat dan Dinar.
Kebetulan, soalan yang sama juga ditanyakan kepada saya semasa Forum Wakaf bersama PNB beberapa hari yang lepas, terutama hukumnya sebagai instrumen atau alat berwakaf.
Persoalan yang menarik, namun memerlukan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu untuk memahaminya. Apa pun saya akan menjelaskannya daripada perspektif sejarah dalam tiga fasa. Pertama, sejarah kewujudan dan penggunaan Wang. Kedua, penggunaan wang dalam pemerintahan Islam, dan ketiga, siapa dan mengapa wang fiat dicipta?
Secara umumnya, ahli2 sejarah tidak dapat menentukan dengan tepat bila dan di mana wang mula dicipta serta digunakan oleh manusia. Namun, bangsa Lydian dikatakan bangsa pertama sekali menggunakan wang logam. Sekitar tahun 570-546 SM, wang logam pertama dikenali sebagai “starter” telah digunakan dengan meluas dalam urusan perniagaan. Penaklukan kerajaan Lydia oleh Greek telah menjadikan penggunaan wang logam (campuran emas dan perak) semakin meluas sehingga kemunculan era pemerintahan Alexander the Great.
Pada ketika ini, wang logam tersebut ditera dengan motif haiwan dan lakaran nama2 Tuhan dan Dewa mereka. Namun begitu, teraan haiwan, Tuhan dan Dewa2 ini dihentikan selepas kematian Alexander the Great. Hanya gambar Alexander the Great sahaja dibenarkan untuk ditera ke atas wang2 logam berkenaan.
Penguasaan kerajaan Rom terhadap wilayah2 Greek pada akhir abad ke-3 SM telah membawa kepada perubahan drastik dalam pengeluaran wang. Pada zaman ini, hanya wang logam dengan lakaran kepala Maharaja dan pahlawan2 Rom sahaja dibenarkan ditempa di atas wang2 tersebut.
Pada tahun 279 SM, masyarakat Rom telah menempa wang yang dikenali DENARIUS!
Wang rasmi yang digunakan bagi semua Wilayah Tengah dan Barat Laut yang dikuasai Rom. Syiling emas DENARIUS yang ditempa di Wilayah Byzantine ini telah menjadi wang paling utama di Eropah kerana kestabilan politik dan kekuatan ekonominya.
Sementara itu, di Iraq, Iran serta Wilayah2 kekuasaan Parsi pula penggunaan wang logam emas yang dipanggil DARIC dan wang logam perak yang dikenali SIGLOS telah digunakan dengan meluas. Kedua2 syiling emas dan perak berkenaan mempunyai hiasan yang serupa, iaitu gambar Maharaja melutut sambil menegang busur panah di tangan kanan dan kirinya.
Semasa penguasaan orang2 Parthian, mereka banyak menempa syiling perak yang dipanggil DRACHM!
Wang DRACHM dihiasi dengan dengan gambar Maharaja yang memerintah di bahagian hadapan dan gambar Arcaces, iaitu pengasas empayar Parsi di bahagian belakang duit tersebut.
Wang syiling emas Byzantine DENARIUS dan wang syiling perak Parsi DRACHM terus digunakan secara meluas sehingga kemunculan serta penguasaan negara Islam ke atas wilayah2 tersebut pada abad ke-7M.
Jadi, wang DINAR EMAS dan DIIRHAM PERAK adalah wang ciptaan Byzantine dan Parsi.
Dengan kata lain, DINAR dan DIRHAM bukan wang ciptaan orang2 Islam.
Persoalannya, mengapa Rasulullah SAW menerima pakai wang DINAR dan DIRHAM?
Apakah tempaan gambar Maharaja, haiwan2, Tuhan2 dan Dewa2 mereka di atas wang logam berkenaan tidak menyalahi hukum syara’?
Tunggu … kupasan di Fasa II!
In Shaa Allah.
DR RAZALI OTHMAN
Ex Director, WAZAN University Putra Malaysia