WAQAFA & WAZAN SEPAKAT BEKERJASAMA MEMPERKASAKAN WAKAF

24 NOV 2020, Kuala Lumpur – Satu kesepakatan kerjasama telah dicapai antara Waqafa Advisory & Consultancy bersama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dato’ Abu Ubaidah Kemin, Presiden Waqafa Advisory & Consultancy telah membuat perbincangan bersama Ybhg Dr Haji Razali B Othman selaku Pengarah WAZAN di pejabat Waqafa dalam suasana mahabbah dan positif.

Antara kesepakatan kerjasama yang dicapai adalah untuk memperkasakan wakaf oleh kedua-dua pihak. Pihak WAQAFA bersetuju menyalurkan manfaat kepada WAZAN dan WAZAN bersedia menjadi rakan strategik WAQAFA dalam menganjurkan program dan inisiatif yang terbaik untuk misi bersama itu.

Kerjasama pintar ini antara lain melibatkan Waqafa Gold, Waqafa Qurban, penyediaan fasiliti untuk WAQAFA International School oleh WAZAN serta meluaskan promosi zakat peringkat WAZAN.

Semoga kerjasama ini memberikan impak yang besar dalam mensejahterakan ekonomi ummah melalui Waqf Ekonomi.

Read