Salam,

Mengapa perlunya Waqf Ekonomi (Shared Economy) ?

Kenapa institusi perbankan Waqf tersangat penting didalam mengembalikan kekuatan ekonomi ummah?

Kami akan menjawab persoalan2 ini didalam siri jelajah Seminar Waqf Ekonomi anjuran WAQAFA INTERNATIONAL in sha Allah

Hakikat pedih yang terpaksa kita akui selepas 63 tahun kita merdeka, keadaan ekonomi kita semakin hari menjadi semakin lemah!

Masalah

1. 40% pendapatan isi rumah keluarga Islam masih di bawah RM2,000?

2. Majoriti kita telah diprogram menjadi pengguna yang dipergunakan untuk memperkasakan para kapitalis dari wang kita sendiri!

3. Kita kekal menjadi pengguna dan sangat kurang menjadi pengeluar dan pembekal asas di dalam negara kita sendiri.

Solusi

Kita wajib kembali kepada formula penyelesaian yang telah dianjurkan oleh Islam

Kesedaran dan kepentingan untuk kita bangkit dan gunakan kekuatan yang ada bagi mengubah nasib kita dan generasi akan datang!

Untuk menjadi umat yg penuh Izzah, Karamah, Khaira Ummah, Ummah Tangan Di Atas

Kita harus kembali mengamalkan sistem ekonomi Islam secara menyeluruh.

Sharing Is Blessing

Dato’ Abu Ubaidah Kemin
President BankWaqf International
Founder Waqf Economy